Monday, August 24, 2009

Janda Kaya

Salam

Pernah nampak pokok bunya di atas. Nama saintifiknya ialah Mussaenda erythrophylla 'Queen skirikit' dari keluarga Rubiaceae kalau dalam bahasa melayunya ialah Pokok Bunya Janda Kaya. Pokok bunya nie ada banyak spesis. Ada bunga yang merah terang, jingga pun adalah ...rasanya. Manakala gambar di atas ialah yang warna merah keputihan.
Sebenarnya, dah lama tak tengok pokok nie. Ingat masa kecik - kecik dulu, pokok nie ada di tanam di depan rumah kat kampung. Tapi sekarang pokok tersebut dah tak ada. Dah mati kena banjir. Itu kira - kira 20 tahun yang lepas.
Nak dijadikan cerita, Kira - kira dua tahun yang lepas, maknanya bila pindah ke Miri. Sebenarnya banyak terdapat pokok bunya nie. Setiap taman rasanya ada pokok bunga Janda Kaya. Itu yang rasa terkejut, yelah dah 20 tahun tak jumpa pokok Janda Kaya nie, bila tiba kat Miri, jumpa balik pokok bunya tersebut. Kagum jugakler rasanya.

No comments:

Post a Comment