Showing posts with label Oil and Gas. Show all posts
Showing posts with label Oil and Gas. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

Cuti Sekolah Akhir Tahun 2010

Cuti sekolah akhir tahun 2010 telah pun bermula. Ingatkan kali ini boleh lagi memandu dari Miri ke Kota Kinabalu melalui Negara Brunei Darul Salam. Nampaknya hajat tu tak kesampaian. Saya sekeluarga telah pun berpindah ke Malaya. Kepada sesiapa yang hendak memandu dari Miri ke Kota Kinabalu, di sini saya ada sertakan peta untuk perjalanan tersebut.

PETA

Selamat Memandu.

Wednesday, October 13, 2010

Bye - Bye Miri ....Bye - Bye Sarawak

Salam.

27 Mei 2010 adalah Hari Terakhir kamek di Miri, Sarawak. Kamek sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur. Dua tahun lebih kamek menepat di Miri. Semasa kamek di Miri, sempat jugak beberapa kali pergi ke Negara Brunei Darul Salam dan memandu dari Miri ke Kota Kinabalu :- Miri - Brunei - Limbang - Temburong (Brunei) - Lawas - Kota Kinabalu sebanyak 2 kali.

Rumah yang kamek diami sepanjang menetap di Miri :
Lot 2720, Jalan Taman Boulevard 1,
Taman Boulevard,
98000 Miri, Sarawak.
Tel: 085-436975




Makan malam di Sajian Warisan. Menu utama ialah Nasi Lalapan.

Anak Sarawak

Airport Miri.

Thursday, July 1, 2010

Minggu Terakhir Sebelum Balik Ke Malaya

Salam,

Lama dah tak tulis kat blog ni. Agak sibuk dengan urusan perpindahan dari Miri ke Kuala Lumpur. Gambar - gambar di sekitar SHELL Lutong.






Friday, March 12, 2010

Maulidur Rasul 2010 - Miri

Alhamdulillah tahun nie sambut Maulidur Rasul di Miri lagi.


Kump. Sek Agama Rakyat Miri



Marhaban dari Masjid Darul Ehsan Miri.

Ada pulak makan - makan, seronok ler budak - budak nie ...


Rombongan LHDN Miri.

Monday, December 14, 2009

Brunei Lagi - Dec 09

Salam.


Cuti sekolah nak pi mana ek! Plan dengan orang rumah, kita pergi jalan - jalan ke Brunei jerlah ... Kebetulan adik datang bercuti dan bawak dia jalan - jalan ke Brunei.

Pagi Sabtu 12 Disember 2009, kita orang pun bertolak ke Bandar Seri Begawan (BSB). Selama ini di bila pergi BSB, tak pernah ikut jalan pantai dari Kuala Belait (KB) - Seria. Kali ini ikut jalan pantai Kuala Belait - Seria. Pada pendapat saya Kuala Belait tak ada apa - apa yang menarik. Cuma di Seria adalah bandar minyak di Brunei. Rasa kagum juga bila berada di Seria. Dulu masa belajar (kira - kira belasan tahun yang lepas), adaler belajar pasal Pumpjack (Nodding Donkey) nie. Rupa - rupa di Seria Brunei, masih lagi terdapat Nodding Donkey. Sebelum ni memang ada orang yang bercerita pump ni ada kat Seria. Bila dah tengok dengan mata kepala sendiri, baru puas hati.







atau (Link HERE)
Senang jer kan nak cari minyak kat Brunei, kat atas darat ada minyak. Dulu di Miri, ada jugak pump sebegini sehinggalah pertengahan 70an. Kalau tak silap ler.


Along (Haziq) kalau dapat pergi muzium dah kira ok. Kali ini kita orang pergi ke Muzium Brunei.


Pautan lain - lain di FACEBOOK (click)