Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

Jalan - Jalan: Manjung 17 Mar 2011

Salam.





Cuti sekolah yang lepas sempat kami sekeluarga pergi ke Manjung. Lawatan kami sekeluarga setelah berpindah dari Kepulauan Borneo.



Mandi manda di Kolam Renang Orient Star Lumut.



Makan - makan di Medan Ikan Bakar, Teluk Muroh. Tokey kedai tegur lama tak nampak ...kami pun story ler kat tokey ..kami pindah ker Sarawak dan sekarang dah balik semula ke Semenanjung.



He ...he ...sori tinggal tulang ....... !!!!!!

Monday, January 17, 2011

Nasi Arab @ Cyberjaya

Salam.

Hari Ahad 16/1/2011 (Semalam) sempat jalan - jalan kat (Cyberjaya). Selepas dari tengok rumah di Bangi Seksyen 3, kami terus ke Cyberjaya. Sampai di Cyberjaya, kami terus ke Restaurant Sabi.

Wednesday, October 13, 2010

Bye - Bye Miri ....Bye - Bye Sarawak

Salam.

27 Mei 2010 adalah Hari Terakhir kamek di Miri, Sarawak. Kamek sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur. Dua tahun lebih kamek menepat di Miri. Semasa kamek di Miri, sempat jugak beberapa kali pergi ke Negara Brunei Darul Salam dan memandu dari Miri ke Kota Kinabalu :- Miri - Brunei - Limbang - Temburong (Brunei) - Lawas - Kota Kinabalu sebanyak 2 kali.

Rumah yang kamek diami sepanjang menetap di Miri :
Lot 2720, Jalan Taman Boulevard 1,
Taman Boulevard,
98000 Miri, Sarawak.
Tel: 085-436975




Makan malam di Sajian Warisan. Menu utama ialah Nasi Lalapan.

Anak Sarawak

Airport Miri.

Tuesday, August 18, 2009

Resepi Sambal Kicap

Resepi Sambal Kicap

Bahan - bahannya:

  1. 15-20 tangkai cili padi - ikut suka kepedasan
  2. 3-4 ulas bawang putih
  3. 1 sudu besar gula pasir
  4. 1 cawan kicap manis
  5. Minyak masak untuk menggoreng

Cara - caranya:

  1. Goreng sebentar cili dan bawang putih sehingga meletup-letup cili
  2. Selepas itu angkat dan toskan biar sehingga sejuk
  3. Tumbuk kesemua bahan tadi termasuk gula sehingga lumat
  4. Setelah lumat keluarkan dan masukkan ke dlm satu bekas / mangkuk atau apa - apa bekasler dan gaulkan bersama 1 cawan kicap
  5. Sedia untuk dihidang untuk apa jua jenis lauk - Tempe Goreng, tauhu goreng, Pecal, Mee Siput (Sanggul) dll

* Sambal ini tahan lama walaupun tak masuk peti sejuk kerana bahan2nya digoreng terlebih dahulu, kalau nak masuk pun boleh gak ...

Wednesday, April 1, 2009

Citrarasa Miri - 2009

Salam.
Citrarasa Miri kembali lagi untuk tahun 2009 ini. Agenda utama Citrarasa ini ialah makan - makan. Makanan tempatan (Sarawak) dan juga makanan dari kawasan lain di Malaysia ada disediakan. Ada gerai Johor, Pulau Pinang, Perak,Trengganu, Perlis dan lain - lain. Selain dari makan - makan, ada hiburan dan jualan hasil kraftangan dan lain - lain lagi. Kira macam - macam ada.


Selain dari jualan makanan, ada juga disediakan hiburan ringan di sebelah siang dan juga malam. Hiburan ringan di sini dimaksudkan ialah persembahan kebudayaan dan juga hiburan dari artis tempatan. Saya berkesempatan untuk menyaksikan acara Bermukun atau pun bergendang. Tetapi tujuan saya ke Citrarasa Miri adalah untuk makan - makan. Ya, makan - makan. Saya mencari Keropok Lekor dan juga Satar. Alhamdulillah dapat. Di Miri ada keropok lekor buatan tempatan tetapi bentuk fizikalnya dah macam Kuih Cakui. Tembam - tembam. Agaknya ada serbuk penaik kot. Itu yang jadi tembam - tembam bentuk keropok lekornya. Manakala Satar pula memang tidak ada di Miri. Tetapi baru - baru ini ada ternampak orang jual Satar di Miri. Nanti boleh cari di mana ada jual Satar di Miri.


Bermukun


Di antara gerai - gerai yang terdapat di dalam Citrarasa Miri 2009.