Thursday, August 27, 2009

Tol

Salam.
Saper kata kat Brunei tak ada TOL. Kalau kata TIDAK !!!! Silap ....Sebenarnya ada TOL di Negara Berunei Darul Salam. TOL tersebut terletak di Jambatan Rasau di Kuala Belait.
Ini aadalah tiket TOL untuk rujukan. TOLnya bernilai Ringgti Brunei 3 ($ 3). Kalau dalam mata wang Malaysia ialah RM 7.35

Wednesday, August 26, 2009

Pasar Ramadhan

Salam.

Yea .. sekarang bulan Ramadhan tahun 2009 bersamaan dengan 1430H. Bila sebut pasal Ramadhan, rasanya semua tempat kat Malaysia ada Bazar Ramadhan. Masa nie ler kita boleh jumpa banyak makanan. Pada masa nie senang kita nak jumpa kuih muih dan juga lauk pauk terutama sekali jenis tradisional. Tapi kat sini saya nak paparkan satu jenis makanan agak popular di Sarawak terutama sekali di Miri.

Iniler dia makanan yang dimaksudkan iaitu Tongkeng Ayam bakar. Dulu masa kecik, mak kata tak boleh makan Tongkeng Ayam nanti mulut tak reti diam. So, sehinggan la nie, tak makan Tongkeng Ayam.
Ayam Oh Ayam:
Ayam... Bermacam ayam
Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam, ayam Turki, ayam belanda
Macam-macam, perihal ayam
Hangat-hangat tahi ayam, sabung ayam, nasi ayam, telur ayam
Ayam hutan boleh terbang
Ayam kampung dalamlah reban A
yam bandar di dalam pasar
Kadang-kadang ada harga, naik harga, turun harga
Ibu... Si ibu ayam
Telur sebiji riuh sekampung
Ohhh ibu... Oh ibu ayam
Telur dieram, anak sereban
Kata bidalan berkaki ayam
Kalau makan, ajak-ajak ayam
Kalau nak tidur, tidur-tidur ayam
Kalau tak nampak, itu rabun ayam
Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng (yeah!)
Makan tungking ayam nanti mulut tak reti diam
Makan kaki ayam kais pagi makan malam
Makan cakar ayam sakit gigi siang malam
Ibu... Si ibu ayam
Telur sebiji riuh sekampung
Ohhh ibu... Oh ibu ayam
Telur dieram, anak sereban
Kata di jalan berkaki ayam
Kalau makan, ajak-ajak ayam
Kalau nak tidur, tidur-tidur ayam
Kalau tak nampak, itu rabun ayam
Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng (yeah!)
Makan tungking ayam nanti mulut tak reti diam
Makan kepak ayam, peha ayam, dada ayam
Satu tak boleh makan, jangan makan bulu ayam
Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng (yeah!)
Makan tungking ayam nanti mulut tak reti diam
Makan kepak ayam, peha ayam, dada ayam
Satu tak boleh makan, jangan makan tahi ayam

Tuesday, August 25, 2009

Monday, August 24, 2009

Janda Kaya

Salam

Pernah nampak pokok bunya di atas. Nama saintifiknya ialah Mussaenda erythrophylla 'Queen skirikit' dari keluarga Rubiaceae kalau dalam bahasa melayunya ialah Pokok Bunya Janda Kaya. Pokok bunya nie ada banyak spesis. Ada bunga yang merah terang, jingga pun adalah ...rasanya. Manakala gambar di atas ialah yang warna merah keputihan.
Sebenarnya, dah lama tak tengok pokok nie. Ingat masa kecik - kecik dulu, pokok nie ada di tanam di depan rumah kat kampung. Tapi sekarang pokok tersebut dah tak ada. Dah mati kena banjir. Itu kira - kira 20 tahun yang lepas.
Nak dijadikan cerita, Kira - kira dua tahun yang lepas, maknanya bila pindah ke Miri. Sebenarnya banyak terdapat pokok bunya nie. Setiap taman rasanya ada pokok bunga Janda Kaya. Itu yang rasa terkejut, yelah dah 20 tahun tak jumpa pokok Janda Kaya nie, bila tiba kat Miri, jumpa balik pokok bunya tersebut. Kagum jugakler rasanya.

Thursday, August 20, 2009

Puasa 1430 Hijrah

Assalamualaikum.
Insya-Allah, kalau tak esok Jumaat 21/8 atau pun Sabtu 22/8, kita akan mula berpuasa. Dalam diam tak diam, tahun ini merupa kali kedua aku berpuasa di Miri, Sarawak. Bersama - sama ini ada disertakan niat berpuasa.

Tuesday, August 18, 2009

Resepi Sambal Kicap

Resepi Sambal Kicap

Bahan - bahannya:

  1. 15-20 tangkai cili padi - ikut suka kepedasan
  2. 3-4 ulas bawang putih
  3. 1 sudu besar gula pasir
  4. 1 cawan kicap manis
  5. Minyak masak untuk menggoreng

Cara - caranya:

  1. Goreng sebentar cili dan bawang putih sehingga meletup-letup cili
  2. Selepas itu angkat dan toskan biar sehingga sejuk
  3. Tumbuk kesemua bahan tadi termasuk gula sehingga lumat
  4. Setelah lumat keluarkan dan masukkan ke dlm satu bekas / mangkuk atau apa - apa bekasler dan gaulkan bersama 1 cawan kicap
  5. Sedia untuk dihidang untuk apa jua jenis lauk - Tempe Goreng, tauhu goreng, Pecal, Mee Siput (Sanggul) dll

* Sambal ini tahan lama walaupun tak masuk peti sejuk kerana bahan2nya digoreng terlebih dahulu, kalau nak masuk pun boleh gak ...

Tuesday, August 11, 2009

Jerebu (Haze)

Jerebu ..Oh! ...Jerebu.
Cerita pasal JEREBU, hari ini 11hb Ogos 2009 bacaan IPU (Indek Pencemaran Udara) di Miri ialah 184. Mengikut skala dari Jabatan Alam Sekitar, kalau pada bacaan tersebut ialah pada aras UNHEALTHY (Tidak Sihat), Warna Oren iaitu bacaan dari 101 - 200.

Gambar di bawah saya ambil pada pagi 11 Ogos 2009. Nampak sangat berjerebu. Jarak penglihatan ialah lebih kurang 300 - 400 meter.

Friday, August 7, 2009

Ferry (Feri)

Salam.

Pernah naik feri? Pertama kali saya naik feri (yang saya ingat) rasanya pada tahun 1976 atau pun 1977. Masa dalam perjalanan ke Rompin, Pahang dari Mersing. Ini bukan macam feri di Pulau Pinang tu. Feri Pulau Pinang besar dan kira nampak lebih selamat. Feri yang saya maksudkan ialah feri yang berjenis seperti ini. Kecik jer ... Nasib sungai pun kecik.



Ini ialah perkhidmatan feri di Sempadan Limbang, Sarawak dengan Bangar, Temburong, Brunei di Sg Pandanunan.

http://www.panoramio.com/photo/18164859




Feri Sg Lawas, Lawas, Sarawak.

Wednesday, August 5, 2009

Buaya Darat Bermata Satu

Pernah dengar cerita Buaya Darat? Kalau Buaya Darat Bermata Satu pulak? Kalau mengikut Wiki Buaya Darat ialah lelaki yang jahat atau gemar berfoya-foya dengan perempuan. (Sumber Wiki). Kat sini ada gambar Buaya Darat Bermata 1. Kisah benar. Ini terjadi di Miri Sarawak. Klik kat sini untuk melihatnya ok .... Buaya Darat Bermata 1