Nama Blog ini ialah Sambal Kicap dan Tempe Goreng. Ini disebabkan kedua - dua makanan tersebut ialah makanan kegemaran aku. Kepada sesiapa yang tidak pernah melihat dan merasa Sambal Kicap dan Tempe Goreng (Bertepung - berempah), kat sini aku ada sertakan gambarnya.
Selain di makan bersama - sama dengan Tempe Goreng, Sambal Kicap boleh juga dimakan bersama - sama dengan Pisang Goreng sebagai pencecah, Soto, Pecal dan lain - lain lagi. Sekarang terdapat di pasaran Sambal Kicap dengan Tempe Goreng yang dipack dan siap sedia untuk dimakan. Cuma sediakan duit dan mulut jer ..!
Satu lagi makanan yang sedap dimakan dengan Sambal Kicap ialah Mee Siput (Mee Sanggul). Tapi ini hanya untuk mereka yang bergigi sahaja. Gigi palsu rasanya ...boleh kot. Cuba sendiri ek! Di bawah ini ada disertakan Mee Siput.
Untuk pengetahuan, rasanya Mee Siput nie hanya boleh didapati di Johor sahaja. Sori beb! Aku rasalah. Zaman aku sekolah dulu, sebiji seposen. Dah lama dah zaman tu. Tapi baru - baru nie (sekarang nie kira di Miri) aku dapat makan Mee Siput dicecah bersama - sama dengan Sambal Tumis. Pun sedap jugak.
No comments:
Post a Comment