Wednesday, March 18, 2009

Maulidur Rasul - 2009

Salam.


Maulidur Rasul (2009) yang lepas sempatler aku pergi ke Perbarisan di Dewan Suarah Miri. Sebenarnya aku meneman anak aku yang sulong Muhammad Haziq kerana dia terlibat di dalam perbarisan Maulidur Rasul mewakili Sekolah Agama Rakyat Miri. Ini adalah kali pertama Haziq memasuki perbarisan tersebut. Pagi - pagi lagi dia dah bising, "Papa cepatler. Nanti terlambat. Cikgu marah". Kena berkumpul pada jam 7:00 pagi. Sebenarnya pada pagi tu hari hujan, aku rasa perbarisan mesti dilewatkan sikit. Sangkaan ku betul. Semua peserta, jemputan dan tetamu dikehendaki memasuki ke dalam dewan tertutup. Majlis bacaan doa dan perasmian dibuat di dalam dewan.




Sepatut di buat di luar dewan. Oleh kerana hari hujan, maka persiapan di dalam dewan dibuat secara "Bidan Terjun" maka jadiler pentas pasang siap ini.





Persembahan kumpulan Marhaban dari Masjid Darul Ehsan Piasau.



Persembahan Nasyid dari Perkumpulan Hospital Daerah Miri.









Oleh kerana pelajar Sekolah Agama Rakyat Miri tidak ramai, maka ibu bapa adalah digalakan untuk menyertai bersama - sama perbarisan tersebut. Suhaila pun tidak ketinggalan menyertai perbarisan tersebut bersama - sama dengan guru - guru dan ibubapa pelajar walaupun di dalam keadaan hujan gerimis pada ketika itu. Alhamdulillah, mereka dapat menghabiskan perbarisan tersebut di dalam keadaan hujan gerimis dan keadaan jalan raya yang basah. Yee ..semangat Maulidur Rasul. Semoga penat lelah mereka yang terlibat mendapat keberkatan dan ganjaran pahala ..Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment