Wednesday, March 25, 2009

Bintulu - 2009

Salam.



Jumaat lepas (20/3/09) sempat saya sekeluarga pergi bercutian ke Bintulu mengambil kesempatan cuti sekolah. Bertolak dari Miri pada jam 4:15 petang dan sampai di Bintulu pada jam 6:45 petang (lebih kurang). Alhamdulillah perjalanan pada petang tu semuanya ok dan cuaca pun cerah. Kami menggunakan Jalan Pantai Miri - Bintulu. Ini adalah jalan baru menghubungkan Miri dengan Bintulu. Jalan yang satu lagi ialah Jalan Miri - Bintulu. 80 % kita akan melalui ladang kelapa sawit. Keadaan jalan raya masih boleh dikira okey berbanding 20 tahun lepas. Sebenarnya dulu saya pernah tinggal di Bintulu selama 10 bulan untuk menjalani Latihan Praktikal di MLNG.







Sebaik sampai sahaja di Bandar Bintulu, terus pergi ke hotel penginapan. Kami menginap di Park City Everly Hotel untuk selama tiga hari iaitu sehingga 22/3/09.








Keesokan harinya pergi melawat ke Taman Tumbina. Taman Tumbina ialah Taman Botanical dan juga Mini Zoo.





Di sebelah petangnya pula mandi - mandian di kolam renang.











Bintulu Esplanade.




Makan malam pula, makan di the Kampung Collection. Makan sambil bersila. Rasanya dah lama tidak makan duduk bersila. Makanan kira okey.







Ahad 22/3 jam lebih kurang jam 9:00 pagi, check-out. Sebelum balik ke Miri, sarapan pagi di Bandar Bintulu dan isi minyak penuh - penuh di Stesyen Minyak Petronas Kidurong (20 tahun lepas tak ada lagi). Kira kami bertolak dari Bintulu lebih kurang jam 10:30 pagi.




Perjalanan balik pun okey dengan cuaca yang cerah dan nyaman. Baby pun lena tidur dalam kereta.




Di Bintulu kami sempat beli "Walker" untuk baby.




Untuk kawan - kawan yang sama - sama menjalani latihan praktikal sama ada di MLNG atau pun ABF, keadaan Bandar Bintulu lebih kurang sama saja. Cuma Airport telah dipindahkan ke Jalan Bintulu - Sibu. Airport lama di Bandar Bintulu sekarang ini dibiarkan kosong. Bangunan Airport telah dipecahkan. Yang tinggal ialah landasan kapalterbang saja. Digunakan oleh orang belajar memandu dan juga ada tempat perlumbaan kereta kawalan jauh. Terdapat tempat baru yang dibangunan di Bintulu seperti Park City, Medan Jaya, Medan Ria dan bla ..bla ..

No comments:

Post a Comment