Wednesday, July 29, 2009

Permit Kerja

Salam.
Pernahkah anda melihat permit kerja untuk orang Semenanjung Malaysia yang bertugas di Sarawak Bumi Kenyalang? OK di sini saya ada sertakan salinannya.

Soalan seterusnya, pernahkah anda melihat Permit Kerja orang Indonesia, Bangladesh atau lain lain - lain warga negara asing di Malaysia? Kalau anda ada pembantu rumah Indonesia, mungkin anda dapat melihat permit kerja tersebut.

Cuba perhatikan kedua - duanya sama sajakan. Akta yang sama iaitu Immigration Regulation 1963 VISIT PASS (Temporary Employment) [Reg.11(10)]. Ini bermakna kalau tempoh saya berada di sarawak telah tamat dan saya tidak memperbaharuinya, saya telah melanggar undang - undang imigresen. Begitu juga lain - lain warga asing yang menetap di Sarawak / Malaysia. Sekiranya saya tidak memperbaharui permit saya di Sarawak ini bermakna saya menjadi Pesalah Imigresen di Malaysia. Alamak PATI ke saya? saya warga negara Malaysia, macam mana saya boleh menjadi Pesalah Imigresen - PATI.

5 comments:

  1. kena bayar ke nak buat permit kerja untuk orang Semenanjung Malaysia yang bertugas di Sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bayaran untuk urusan imigresen ....tapi semuanya diuruskan oleh pihak syarikat :)

      Delete
  2. boleh bagi tau dokumen apa yg diperlukan utk mohon permit kerja disarawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala urusan imigresen diuruskan oleh pihak majikan. Tapi documen yg perlu ada ialah salinan kad pengenalan dan juga dokumen perjalanan atau pun pasport antarabangsa. Kalau ada anak, salinan sijil lahir pun diperlukan juga.

      Delete
  3. kalau nak masuk sarawak untuk teman wife study sementara tu nak kerja sana kena pakai permit gak ke? husband saya pernah nak kerja kat sana tapi after da kat sana, majikan tak nak tanggung lak permit tuu, da laa rm300. every 6 month kena renew lak tuu~ lecehlaa!

    ReplyDelete