Pernahkah anda melihat permit kerja untuk orang Semenanjung Malaysia yang bertugas di Sarawak Bumi Kenyalang? OK di sini saya ada sertakan salinannya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGAok3j0SXSM_puQC4eh8ECcxA0DtBa1cIs4gPZtmVWjeCaZ7o49GeAmPfBcaBaqhZoox-HOfDXv3c9sxHt9jB4k8ha6RgycHzfWX74w-bXLjiGC-3gCSEko5NppfJ-haZG35fqrL_-2ye/s200/shaiful.jpg)
Soalan seterusnya, pernahkah anda melihat Permit Kerja orang Indonesia, Bangladesh atau lain lain - lain warga negara asing di Malaysia? Kalau anda ada pembantu rumah Indonesia, mungkin anda dapat melihat permit kerja tersebut.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZTr7r4mQKZW5BAhThU8RFvy4b62FlN4mrsUiojnuzANZWfv0JC12O1iaQgUjRiT-uxjjPE17zDEG7M2w68wpWYRjh_AatijLanXPq_tipRPyubwcs-JIHY2miD4OtF0uSqS7D0qY3A3Jq/s200/maid.jpg)
Cuba perhatikan kedua - duanya sama sajakan. Akta yang sama iaitu Immigration Regulation 1963 VISIT PASS (Temporary Employment) [Reg.11(10)]. Ini bermakna kalau tempoh saya berada di sarawak telah tamat dan saya tidak memperbaharuinya, saya telah melanggar undang - undang imigresen. Begitu juga lain - lain warga asing yang menetap di Sarawak / Malaysia. Sekiranya saya tidak memperbaharui permit saya di Sarawak ini bermakna saya menjadi Pesalah Imigresen di Malaysia. Alamak PATI ke saya? saya warga negara Malaysia, macam mana saya boleh menjadi Pesalah Imigresen - PATI.