Wednesday, June 10, 2009

Kuching

Salam.

Awal cuti sekolah 31/5 - 3/6/2009, sempat saya bawa keluarga berjalan - jalan ke Kuching. Ambik flight dari Miri ke Kuching (MH 2803). Masa penerbangan cuma satu jam jer. Naik jam 8:40 dan sampai di Airport Kuching pada 9:40 pagi. Ini adalah kali ketiga saya melawat Kuching. Yang pertama zaman saya bujang. Kedua masa Haziq dan Syahmi kecil. Dan ini lawatan yang ketiga.
Sampai di Airport Kuching pada pagi tu, tunggu Pak Muji (Ayah kepada Malino) kerana sewa kereta dia. Telephone hotel (Hilton Kuching) tanya bilik boleh check-in awal. Dia orang kata ada bilik yang dah sedia. Apalagi terus pi hotel, check-in. Anak - anak ada yang nak terkencing dan ter itu dan ter ini. Lepas dia org settle semua, baru ronda - ronda bandar Kuching.
Tempat pertama pergi pada hari tu ialah Pasar Satok. Jem dan jem. Biasalah hari minggu memang jem kat Pasar Satok. Parking kereta pun tak dapat. Kebetulan jumpa pulak kedai makan Chillipeppers. Kedai makan yang selesa. Boleh buat pilihan, makan diluar atau pun makan di dalam bilik beraircond. Saya bawa anak - anak kecil makan di dalam bilik yang beraircond. Makanan ada buffet dan juga ala carte. Lepas makan dan pergi balik ke kawasan Pasar Satok, kedai pun dah banyak tutup. Kira dah petang.
Lepas ke Pasar Satok, plan nak ke Pasar Serikin. Ianya terletak dengan sempadan Sarawak dan Kalimantan. Orang kata Pasar Serikin kira macam kat Padang Besar di semenanjung. Saya pandu ke sana. tapi macam tak sampai - sampai. Rupa - rupanya dah salah jalan. Apalagi, jam pun dah pukul 4:00 petang. Rasanya Pasar Serikin pun dah banyak kedai yang dah ditutup. Apa lagi, buat pusingan "U" dan patah balik ke bandar Kuching. Singgah ke Spring, window shopping, pi ke Big Apple beli donut. Lepas tu balik ke hotel dan berehat hingga ke malam. Tak buat apa - apa aktiviti pun. Buang masa jer.
Keesokan harinya plan pergi ke Kampung Budaya di Santubung. Drive selepas sarapan pagi (keluar pun dah lewat) terus ke Kampung Budaya. Beli ticket Family Package. Masa tu dah jam 11:00 pagi. Culture Show 11:30 pagi, terus pi ke dewan. Alamak dewan pun dah penuh. Dapat duduk kat tepi jer. Atas tikar rotan.
Lepas ke Kampung Budaya, balik bilik hotel. Lepak sekejap. Sekejap pun tup - tup dah petang. Petang tu, berjalan - jalan di tepi Sg Sarawak (Sarawak Riverbank).
Makan malam kat Saddad Court. Keluar agak lewat jugak. Syahmi dan Haziq dah tidur. Dengan muka bangun tidur, pergi juga ke Saddad. Sebab dah plan nak makan malam ka situ. Dalam perjalanan nak ke Saddad, jeng - jengggg, sungguh terkejut. Boleh pulak terjumpa dengan kereta lama yang dah dijual kira - kira lima tahun lepas. Kereta Kancil. No pendaftaran AEG 7569. Jual kereta masa menetap di Manjung. Perrnah juga dua tiga kali terjumpa di Ipoh. Tup - tup bila pergi ke Kuching, boleh jumpa pulak kereta lama kat Kuching. Yelah bumi Malaysia nie bukannya besar sangat. Aku pindah ke Miri pun bawak sekali kereta dari semenanjung. Rasanya orang yang beli Kancil tu, kena pindah ke Kuching ler tu.
Keesokan harinya pergi pulak ke Jong's Crocodile Farm. Dalam perjalanan sarapan pagi kat Bollywood Cafe. Makan roti canai. Selesai makan, hari pun dah panas. Terus drive ke Jong's Crocodile Farm. Yang tak puas hari kat Jong nie ialah ada dua jenis tiket. Satu jenis untuk Sarawakian. Harganya RM10. Kalau bukan Sarawakian RM16. Sesungguhnya memang tak puasa hati.
Selepas ke corcodile farm, pergi pulak ke Museum Sarawak. Sebenar, di dalam museum tidak dibenarkan mengambil gambar. Seperti biasa, curi - curi tangkap gambar dalam museum. Inilah sebahagian hasilnya tangkap dalam muzium.
Lepas ke Museum Sarawak, pergi pulak ke Cat Museum. Masuk free. Tapi kalau ada kamera kena bayar RM 4. Kira boleh ambil gambar dalam museum.


Oleh kerana sehari suntuk berjalan - jalan, ke crocodile farm dan muzeum, maka pada malamnya anak - anak pun dah lembik. Paling menyedihkan, makam malam hanya makan KFC jer (Kira OK jugak ler). Itu pun beli bungkus bawak masuk dalam bilik hotel. Keesokannya, adalah hari terakhir di Bandaraya Kuching. Pagi keluar lewat sikit. Makan pagi di Bukhari Cafe kat Pasar Satok. Apa lagi makan nasi beriani ler. Lepas makan, pergi ke pasar cari Ikan Terubok Masin.

Tibalah masanya untuk balik semula ke Miri. Kat airport beli jajan sikit. Kami naik flight MH 2804 jam 4:30 petang.




Lain - lain gambar ada di facebook.

No comments:

Post a Comment