Monday, December 27, 2010

Dinasour Alive - Disember 2010

Salam,

26hb Disember 2010 (Ahad), sempat bawa anak – anak kepameran Dinasours Alive di Pusat Sains Negara untuk melihat pameran Dinasour.





Memang seronok dia orang. Haziq yang baru berkhatan pada mulanya jalan tak betul, di pameran tersebut ...boleh jalan dengan betul. Satu keajaiban. Tapi selepas tu, dah mula semula jalan terhenjut – henjut ...emmmm!




Kebetulan pada pameran tersebut, Suhaila telah ditegur oleh seseorang ....rupa – rupanya Dr Cheah, pediatrician kita orang masa di Miri, Sarawak. Dr Cheah hilang seorang pelanggan tetap selepas kami berpindah ke Kuala Lumpur.

Resit terakhir berjumpa dengan Dr Cheah semasa di Miri ialah pada 25hb Mei 2010. Pada 27hb Mei 2010, kita semua PINDAH ke Malaya.

SARS 1 (SPM 1986) - Mini Re-union

Salam,

Seperti yang dijanjikan pada tanggal 25hb Disember 2010 (Sabtu), kawan – kawan SMK Sultan Alauddin Riayat Shah l (SARS l) SPM 1986 mengadakan Perjumpaan Mini (Mini Re-union) bertempat di No 18, Jalan Pudina, Bangsar (Rumah Nor Zilah).

Terima kasih diucapkan kepada Zila dan keluarga kerana layanan yang mesra dan juga makanan yang sedap – sedap. Tidak ketinggalan jugak kepada rakan – rakan yang dapat hadir pada hari tersebut seperti Julailah, Sanisah (Ani), Fauziah (Gee), Noraliza (Ija) dan juga tuan rumah Zilah. Bekas pelajar lelaki seperti Sulaiman, Hamidi, Halid, Ismial Amir, Yunos, Ali (SARS 1, 1985) dan very big thanks kepada Puat yang dapat manjayakan majlis ini.

Tahniah juga kepada Ija dan Yunos kerana dapat hadir walau pun mereka tinggal di luar kawasan Lembah Klang seperti Ija dari Johor Bahru dan Yunos dari Segamat.

Akhir kata tahniah untuk rakan – rakan semua kerana berjaya menjayakan majlis tersebut. Insya-Allah kita akan buat acara ini sebagai acara tahunan? Mungkin kita buat bergilir – gilir? Akan dibincangkan kemudian.

Friday, December 17, 2010

Berkhatan

Dua orang jejaka ini telah selamat dikhatankan di Klinik Kita Ampang oleh Dr Samad pada pagi Sabtu 11hb Disember 2010 bersamaan dengan 5 Muharram 1432.


Dr Samad menggunakan teknik berkhatan secara Alisklamp or Alisklamp Malaysia.


Hari ini, 18 Dec 2010, pergi klinik untuk mengeluarkan alisklamp. Sebelum pergi klinik, doktor suruh berendam lebih kurang 2 jam baru pergi klinik.

Upacara berendam ....

Monday, December 13, 2010

Cuti - Cuti Malaysia : Kota Kinabalu - Sandakan 2010

Sekarang cuti sekolah hujung tahun 2010. Sempat kami sekeluarga bercuti ke Kota Kinabalu dan juga Sandakan di Sabah Bumi Borneo.

Semua sekali 5 hari 4 malam. Parking kereta di Parking Area C - KLIA. Bayaran parking untuk 5 hari ialah RM 195.

Jadual Perjalanan:


  1. 4 Dec 2010 : Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu - MH 2604, 0930 - 1205
  2. 6 Dec 2010 : Kota Kinabalu ke Sandakan - MH 2046, 1240 - 1320
  3. 8 Dec 2010 : Sandakan ke Kuala Lumpur - MH 2711, 1135 - 1420

Cuaca di Kota Kinabalu dan Sandakan pada masa tersebut hujan dan juga berawan.

Selama 2.5 hari di Kota Kinabalu, kami bermalam di Palace Hotel.

Bersambung .....