Friday, April 17, 2009

Labuan - 2009

Pada 10 April 2009 yang lepas, dapatlah saya sekeluarga bercuti ke Pulau Labuan. Naik kapal terbang MASWing dari Miri ke Labuan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Penerbangan bermula jam 7:10 pagi dan sampai di Labuan pada jam 7:40 pagi. Alhamdulillah, cuaca pada pagi tersebut cerah.

Menetap di Hotel Waterfront selama 3 hari 2 malam. Hotel kira OK. Janji ada kolam renang kerana anak - anak suka main air.

Balik semula ke Miri pada 12 April 2009. Cuaca hujan. Terpaksaler berpayung untuk naik ke kapal terbang. Nasib baik tidak lebat. Pesawat Fokker 50 MASWing kecil. Pesawat kecil tidak boleh menggunakan bridge di terminal.

Wednesday, April 1, 2009

Citrarasa Miri - 2009

Salam.
Citrarasa Miri kembali lagi untuk tahun 2009 ini. Agenda utama Citrarasa ini ialah makan - makan. Makanan tempatan (Sarawak) dan juga makanan dari kawasan lain di Malaysia ada disediakan. Ada gerai Johor, Pulau Pinang, Perak,Trengganu, Perlis dan lain - lain. Selain dari makan - makan, ada hiburan dan jualan hasil kraftangan dan lain - lain lagi. Kira macam - macam ada.


Selain dari jualan makanan, ada juga disediakan hiburan ringan di sebelah siang dan juga malam. Hiburan ringan di sini dimaksudkan ialah persembahan kebudayaan dan juga hiburan dari artis tempatan. Saya berkesempatan untuk menyaksikan acara Bermukun atau pun bergendang. Tetapi tujuan saya ke Citrarasa Miri adalah untuk makan - makan. Ya, makan - makan. Saya mencari Keropok Lekor dan juga Satar. Alhamdulillah dapat. Di Miri ada keropok lekor buatan tempatan tetapi bentuk fizikalnya dah macam Kuih Cakui. Tembam - tembam. Agaknya ada serbuk penaik kot. Itu yang jadi tembam - tembam bentuk keropok lekornya. Manakala Satar pula memang tidak ada di Miri. Tetapi baru - baru ini ada ternampak orang jual Satar di Miri. Nanti boleh cari di mana ada jual Satar di Miri.


Bermukun


Di antara gerai - gerai yang terdapat di dalam Citrarasa Miri 2009.