Thursday, December 17, 2009

Monday, December 14, 2009

Brunei Lagi - Dec 09

Salam.


Cuti sekolah nak pi mana ek! Plan dengan orang rumah, kita pergi jalan - jalan ke Brunei jerlah ... Kebetulan adik datang bercuti dan bawak dia jalan - jalan ke Brunei.

Pagi Sabtu 12 Disember 2009, kita orang pun bertolak ke Bandar Seri Begawan (BSB). Selama ini di bila pergi BSB, tak pernah ikut jalan pantai dari Kuala Belait (KB) - Seria. Kali ini ikut jalan pantai Kuala Belait - Seria. Pada pendapat saya Kuala Belait tak ada apa - apa yang menarik. Cuma di Seria adalah bandar minyak di Brunei. Rasa kagum juga bila berada di Seria. Dulu masa belajar (kira - kira belasan tahun yang lepas), adaler belajar pasal Pumpjack (Nodding Donkey) nie. Rupa - rupa di Seria Brunei, masih lagi terdapat Nodding Donkey. Sebelum ni memang ada orang yang bercerita pump ni ada kat Seria. Bila dah tengok dengan mata kepala sendiri, baru puas hati.







atau (Link HERE)
Senang jer kan nak cari minyak kat Brunei, kat atas darat ada minyak. Dulu di Miri, ada jugak pump sebegini sehinggalah pertengahan 70an. Kalau tak silap ler.


Along (Haziq) kalau dapat pergi muzium dah kira ok. Kali ini kita orang pergi ke Muzium Brunei.


Pautan lain - lain di FACEBOOK (click)

Tuesday, December 1, 2009

Sekitar Aidil Adha - 1430 H

Gambar sekitar Aidil Adha. Oleh kerana tak balik kampung dan beraya di Miri Sarawak. Tak ada tempat nak pergi, kami pun beraya di Taman Awam Miri.
Lain - lain gambar boleh didapati di facebook

Gambar sekitar Ibadah Qurban di Lembaga Hasil Dalam Negeri Miri (LHDN). Ada jugak acara masak - masak dan makan - makan. Sebahagian kecil dari daging Qurban di masak untuk di makan dan sebahagian yang lain, diagih - agihkan kepada orang ramai.

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430 H / 2009 M

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Qurban @ Hari Raya Haji kepada semua Muslimin dan Muslimat. Tahun ini Hari Raya Haji di sambut pada hari Jumaat, 27hb November 2009.

Ini adalah tahun yang kedua saya dan keluarga menyambut Aidil Adha di Miri (The Oil Town) Sarawak.


Eid al-Adha - November 27, 2009

Eid al-Adha (Arabic: عيد الأضحى‎) "Festival of Sacrifice" or "Greater Eid" is a Muslim Holiday celebrated by Muslims (including the Druze) worldwide to commemorate the willingness of Ibrahim to sacrifice his son Ismael as an act of obedience to God.

Eid al-Adha is the latter of two Eid festivals celebrated by Muslims, whose basis comes from the Quran.[1] (Muslims who belong to the Shi'ite branch of Islam celebrate a third Eid.) Like Eid al-Fitr, Eid al-Adha begins with a short prayer followed by a sermon (khutba).

Eid al-Adha annually falls on the 10th day of the month of Dhul Hijja (ذو الحجة) of the lunar Islamic calendar. The festivities last for three days or more depending on the country. Eid al-Adha occurs the day after the pilgrims conducting Hajj, the annual pilgrimage to Mecca in Saudi Arabia by Muslims worldwide, descend from Mount Arafat. It happens to be approximately 70 days after the end of the month of Ramadan.
Source:Wikipedia

Thursday, November 19, 2009

OUM Konvokesyen ke - 7

Salam.


Bermula dari 14 - 18 November 2009 adalah Hari Konvokesyen OUM yang ke 7 di PWTC Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan, isteri tersayang, Suhaila akan mengambil Ijazah Sarjana Mudanya pada 15 November 2009 sidang pagi.

Smard Card

Tidak ketinggalan bawak anak - anak jalan - jalan naik LRT. Kanak - kanak yang tak pernah naik LRT.





Kami bertolak dari Miri ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu 14/11 dan kembali semula ke Miri pada 17/11. Sepanjang 4 hari di Kuala Lumpur, kami menginap di Hotel Legend. Sewa Appartment 2 bilik. Alhamdulillah, muat untuk 3 orang dewasa dan 5 orang kanak - kanak.

Wednesday, November 11, 2009

Ibadat Haji

Salam.

Seperti yang diketahui umum, sekarang ni musim orang pergi ke Mekah untuk menunai Ibadat Haji, Rukun Islam yang ke lima. Kepada semua Haji, Hajjah, bakal Haji dan bakal Hajjah, diucapkan Selamat Menunaikan Ibadat Haji semoga mendapat Haji Mabrur. Amin.....


Monday, November 9, 2009

X-Ray

Salam.
Pada posting yang lepas ada mengatakan Syafiqaf DEMAM. Pagi tadi, bawak Syafiqah ke ColumbiaAsia Hospital, Miri. Buat X-ray. Keputusan X-ray, memang ada Bacterial Infection. Tapi tak kritikal. Doktor beri dua cadangan. Masuk wad atau pun buat rawatan di kinik jer. Ambil keputusan, buat rawatan di klinik. Sama juga di hospital, di klinik doktor akan beri injection untuk bacterial infection iaitu Rocephin 5 dos dan juga 2 kali Nebulizer (pagi dan malam)
Walaupun tak sihat, tapi tak reti duduk diam.

Thursday, November 5, 2009

Antena TV

Pernah tak melihat antena TV yang panjang? Antena ini hanya terdapat di Negeri Johor jer especially di sekitar daerah Muo, Batu Pahat, Kluang dan Segamat. Sila lihat gambar di bawah. Kegunaan antena TV yang panjang ini ialah untuk mendapat siaran TV Singapura.

Wednesday, November 4, 2009

Tuesday, November 3, 2009

Monday, November 2, 2009

Hari Lahir Haziq - 16 Oktober 2009

Selamat Hari untuk Haziq. Haziq dilahir pada 16 Oktober 1999. Pada tahun 2009, usia Haziq ialah 10 tahun. Tahun ini merupakan tahun kedua Haziq menyambut Hari Lahirnya di Miri, Sarawak.

Thursday, October 22, 2009

Sabah Offshore

Sudahkah anda bersedia untuk bekerja di pelantar minyak atau pun bekerja di atas kapal? Cuba saksikan gambar - gambar tersebut.

12
34
56
7
8
910
11

Thanks to Roziah - SBM, Hisham - SBM, Hanafiah - SBM, Amino - SHELL and Asri - SHELL who are reroute their email to me.